Capcom Mengacah Kostum Baru Bagi Leon & Claire Dalam Resident Evil 2

Resident Evil 2 menerima hype agak luar biasa di E3 dan PlayStation Experience 2018, mengumpulkan peminat yang baru dan lama untuk sekali lagi merasai nostalgia 20 tahun bermain permainan video ini.

Capcom seperti biasa akan sentiasa mengacah kostum atau filter baru yang dibawakan dalam permainan ini. Perhatikan twit di bawah:

Kali pertama penulis melihat kostum ‘Noir’ Leon, terasa seperti Sebastian Castellanos muncul di minda. Memang seakan sama! Tapi yang pasti, Leon nampak lebih stylish dan bergaya dengan kostum ini ditambah pula dengan filter Noir membuatkan kita kembali kepada era 90-an.

Masih ada satu kostum yang belum ditunjukkan lagi iaitu Elza Walker Claire dan kami pastinya akan melaporkan berita baru dari Capcom. Nantikan!

Sementara itu, saksikan video di bawah bagi dua lagi kostum iaitu Arklay Sheriff Leon dan Military Claire.

Resident Evil 2 akan dilancarkan pada 25 Januari 2019 dan memaparkan visual serta gameplay yang lebih fresh dan seram berbanding dulu. Kostum tambahan ini boleh didapatkan dalam Deluxe Edition dan Collectors Edition.

RELATED NEWS

+