Capcom Mengacah Resident Evil 3 Remake Dalam Tweet Terbaru

Tak habis lagi bahang Resident Evil 2 Remake yang akan hadir ke PC, Xbox One dan PlayStation 4 pada Januari depan, Capcom nampaknya taknak berhenti menguji kesabaran peminat. Kali ini bergurau pasal RE 3 Remake pula!

Ketika sambutan ulangtahun Friday The 13th, Capcom memuat naik satu twit di akaun rasmi Twitternya.

“Ini adalah #FridayThe13th – Kita mempunyai penjahat (pursuer) yang memang susah nak mati” 

Bagi yang tak tahu, keratan kadbod itu menunjukkan gambar Nemesis (juga dikenali sebagai “Pursuer” atau Nemesis T-Type), antagonis utama dalam Resident Evil 3: Nemesis dan antagonis kedua bertuakr anti-hero untuk Resident Evil: Apocalypse.

Nemesis dicipta oleh Paris Labs of Umbrella European Branch sebagai salah satu dari Nemesis T-Types, sebahagian dari projek Tyrant. Idea di sebaliknya adalah mencipta Bio Organic Weapon (B.O.W) yang mempunyai kuasa dimiliki Tyrant tapi dengan kepintaran dan kebolehan untuk menurut arahan.

Tapi samada Capcom mengacah RE 3 Remake adalah ura-ura saja. Permainan ini mungkin dah dalam proses tapi twit ini mungkin hanya status yang tak bermakna apa-apa. Siapa tau? Jawapan akan terjawab apabila pulangan RE 2 Remake nanti adalah lumayan dan menguntungkan Capcom.

Dan.. nampaknya peminat tak berhenti membuat spekulasi kerana terlalu teruja!

RELATED NEWS

+