Capcom Umumkan Filem Live Action Mega Man

Mega Man 11 akan keluar tak lama lagi tapi Capcom nampaknya dah bersedia membawakan Blue Bomber itu ke layar perak.

Capcom mengatakan pihaknya ingin adaptasi francais ini ke filem live action tapi bukan seperti animasi di Cartoon Network.

Mereka juga dah umumkan barisan tenaga kerja yang hebat contohnya Henry Joost dan Ariel Schulman (bekerja untuk Paranormal Activity 3 dan 4 serta dokumentari Catfish) untuk menulis dan mengarah filem itu bagi 20th Century Fox. Chemin Entertainment yang menjayakan siri Planet of the Apes juga akan menyandang jawatan produser bersama Masi Oka yang terkenal dalam drama Heroes.

“Mengikut populariti dan bagaimana pengaruh francais Mega Man kepada peminat, Capcom ingin menyasarkan kepada golongan sasar, bukan saja komuniti game tapi juga peminat filem aksi, dengan adaptasi yang masih kekal dengan dunia Mega Man sebenar,” kata Capcom dalam satu kenyataan.

Tapi sekarang masih belum pasti siapa 20th Century Fox ingin pilih untuk watak Mega Man. Kita pastinya akan tahu lebih lanjut dari Joost dan Schulman tak lama lagi.

Filem ini masih belum mempunyai tarikh pelancaran atau judul rasmi lagi tapi kita akan tahu tak lama lagi.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+