Command & Conquer Remastered Sedang Dalam Perancangan & Tiada Microtransactions Langsung, Kata EA

Masihkah korang ingat game real-time strategy (RTS) klasik ini?

Kirov reporting!

Command & Conquer (C&C) merupakan game paling terawal memperkenalkan tema RTS yang dilancarkan untuk PC pada tahun 1995. Antara game popular C&C yang masih lagi segar di hati ramai pemain adalah C&C: Tiberium Sun, C&C Red Alert 1 & 2, Yuri’s Revenge dan banyak lagi.

Untuk menyambut ulangtahun ke-25 siri C&C dalam dua tahun akan datang, EA sedang mempertimbangkan idea-idea menarik dan antaranya adalah untuk keluarkan remaster game asal pernah dikeluarkan di PC!

Berita ini diumumkan oleh produser EA, Jim Vessella melalui satu post di C&C Reddit. Vesella merupakan nama tidak asing lagi dalam pembangunan game-game C&C dahulu dan pernah bekerja dalam pembangunan C&C 3 dan Red Alert 3.

“Seperti yang korang semua maklum, kami telah mengumumkan Command & Conquer: Rivals, sebuah game mobile Command & Conquer baru-baru ini,” kata Vesella. 

Pendedahan Command & Conquer: Rivals semasa di persidangan E3 2018 menerima banyak reaksi bercampur aduk dalam kalangan peminat C&C. Video pengumuman rasmi Command & Conquer mengutip 59,000 dislikes berbanding 2,700 like dan rata-rata komen mereka tidaklah begitu positif.

Vesella menggelarkan dirinya sebagai peminat C&C dan menyambung kembali, “Berikutan pendedahan Command & Conquer: Rivals, kami sedar apa yang korang mahukan selama ini. Komuniti C&C mahu melihat francais ini kembali ke PC. Sehubungan dengan itu, kami telah fikir untuk mengeluarkan game klasik PC dalam bentuk remastered dan kami sudah memulakan proses remastered game-game C&C untuk meraihkan ulangtahun ke-25 akan datang.”

Hal microtransactions menjadi-jadi dalam game dikeluarkan oleh EA juga tidak terlepas dari rintihan peminat. Vesella membalas kepada komen berkenaan, “Kami tidak akan meletakkan sebarang microtransactions ke dalam C&C Remastered.”

Sepanjang proses perancangan C&C Remastered ini, beliau mahu peminat-peminat sentiasa aktif memberikan maklum balas dan feedback bagi membentuk ‘masa hadapan’ C&C.

Kami teringin nak tengok Tiberium Wars, Red Alert dan… alang-alang itu, EA remastered lah semua ataupun mungkin EA akan remastered satu-satunya game C&C dalam genre first-person shooter, Command & Conquer: Renegades? 

Korang nak lihat game C&C mana satu yang nak di-remastered-kan? Kongsikan bersama kami di Facebook!

Sumber: Destructoid

RELATED NEWS

+