CRIT Esports berkolaborasi dengan Ernest Borel

Pada semalam, penulis sempat menghadiri sidang media majlis kolaborasi antara syarikat e-sukan, CRIT Esports bersama syarikat jam tangan Ernest Borel yang bertempat di Cloud 9, Pavilion Elite, Kuala Lumpur.

Melalui kolaborasi itu, kedua-dua pihak akan mengembangkan pengaruh mereka dalam industri e-sukan. Sebagai jenama bukan endemik, kehadiran Ernest Borel dalam industri e-sukan adalah unik dan yang pertama. 

Mereka akan bekerjasama dengan CRIT untuk mendekatkan jurang e-sukan dan juga gaya hidup selain mengembangkan pengaruh dalam kalangan anak muda.

Dalam majlis itu, Pengarah Urusan Serantau Corum Watches, Chris Wan menyampaikan tujuh jam tangan automatik dari Koleksi Sage mereka kepada tujuh individu yang juga pemain profesional e-sukan dan kejurulatihan CRIT VIP.

Saksikan video tiktok di bawah untuk temubual bersama Duta CRIT Esports, Muna Shahirah dan pemain PUBG Mobile CRIT, Yakuza.

@mygameondotmy Muna Shahirah sembang mengenai kolaborasi antara CRIT Esports dan jenama jam tangan Ernest Borel. #kakigaming #fyp #critesports #pubgm #munaxmoci #mygameon ♬ SWIPE – ALYPH

@mygameondotmy Kolaborasi antara CRIT Esports dan jenama jam tangan Ernest Borel, yang pertama dalam e-sukan Malaysia #fyp #kakigaming #critesports #pubgm #mygameon ♬ SWIPE – ALYPH

RELATED NEWS

+