Crysis Remastered nampak cantik dan lancar di Nintendo Switch

Crytek telah melancarkan trailer permainan Crysis Remastered untuk versi Nintendo Switch dan ia mempertunjukkan pelbagai aspek menarik tentang versi tersebut.

Ini merupakan kali pertama permainan video Crysis tiba di konsol Nintendo. Oleh itu, ramai orang mempunyai keraguan tentang kebolehan Nintendo Switch untuk menampung permainan video yang berat seperti Crysis Remastered.

Menurut trailer di atas, Crysis Remastered akan dipaparkan pada resolusi 720p di Nintendo Switch dan akan dimain pada kadar 30FPS. Untuk sebuah konsol handheld seperti Nintendo Switch, itu merupakan prestasi yang agak bagus.

Antara ciri-ciri menarik yang dipertunjukkan dalam trailer tersebut adalah sistem aiming yang menggunakan teknologi gyro, pencahayaan dinamik, dan banyak lagi.

Crysis Remastered akan dilancarkan di Nintendo Switch pada 23 Julai ini. Anda boleh pra-tempah versi tersebut melalui laman web rasmi Nintendo. Versi PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One telah ditangguh dan akan tiba pada masa depan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+