Demo Resident Evil 3 Remake Akan Tiba Pada 19 Mac 2020

Sungguh menarik bila fikirkan bahawa Resident Evil 3 Remake (RE3) bakal dilancarkan pada waktu dunia dilanda sebuah pandemik. Tepat pada waktunya, Capcom bakal memberikan kita peluang untuk mencuba judul tersebut.

Demo untuk RE3 akan dilancarkan pada 19 Mac 2020 untuk PC (Steam), PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One. Beta terbuka untuk Resident Evil Resistance, mod multi-pemain yang disertakan bersama RE3, akan dilancarkan pada 27 Mac 2020 untuk semua platform yang sama.

Dalam demo ini, pemain akan bermain sebagai Jill Valentine dan menerokai beberapa kawasan di Racoon City. Walaupun ia bertempat di bandar yang sama seperti Resident Evil 2 Remake, RE3 akan menunjukkan kawasan-kawasan yang berbeza dan Racoon City kali ini jauh lebih besar.

Resident Evil Resistance pula menonjolkan mod multi-pemain asimetri yang meletakkan para pemain di dua pihak berlainan, Survivors dan Mastermind. Empat pemain dalam pasukan Survivors perlu cecah penghujung setiap level dan Mastermind akan mengeluarkan zombi dan raksasa lain untuk menghalang mereka.

Resident Evil 3 Remake bakal dilancarkan pada 3 April 2020 untuk PC, PS4, dan Xbox One.

Sumber: Capcom

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+