Devil May Cry 5: Peminat Boleh Tiru Gaya Dante Dengan Kot Rasmi Son of Sparda

Korang pernah teringin nak bergaya seperti Dante dengan kot jaket berwarna merah terang sambil mengalahkan semua syaitan tanpa bersusah-payah jahit?

Masa korang telah pun tiba. Sempena pelancaran Devil May Cry 5 yang akan datang tidak lama lagi, Capcom bekerjasama dengan Volante Design untuk membawakan kot Son of Sparda ke realiti!

Capcom berkongsi sedikit gambar memaparkan kot rekaan Volante Design, sebuah syarikat pakar dalam pemakaian berunsurkan filem, TV, anime, game dan budaya pop terkenal.

Kot jaket Son of Sparda diperbuat daripada kulit denim dan dipotong mengikut potongan lelaki. Korang juga boleh mohon untuk rekaan potongan badan wanita. Jaket ini didatangkan dengan dua skema warna iaitu “Devil’s Fury” mengikut warna jaket asal merah hitam manakala “Mercenary” memperkenalkan keseluruhan jaket berwarna hitam di bahagian luar dan menampilkan dalaman jaket berwarna merah dengan kemasan sama.

Kalau korang tertanya harga kot jaket ini, harganya pun ikut harga syaitan. Jaket Son of Sparda ini disenaraikan dengan harga USD$527 (RM2,143.68). Memandangkan ini adalah rekaan yang mendapat kerjasama rasmi dengan Capcom, jadi harga ini agak berbaloi dengan kualiti yang dihasilkan oleh Volante Design.

Bagi yang teringin untuk jadi demon slayer, korang boleh beli jaket Son of Sparda di sini. Devil May Cry 5 bakal dilancarkan pada 8 Mac 2019 di PC, PS4 dan Xbox One.

RELATED NEWS

+