Dewan Senat Amerika Syarikat bersetuju haramkan TikTok dengan syarat

Selasa lepas, Dewan Senat Amerika Syarikat mendapat persetujuan sepakat untuk mengharamkan TikTok tetapi dengan syarat.

Syarat untuk tidak diharamkan adalah ByteDance selaku pemilik TikTok perlu menjual pelantar video pendek itu atau mereka akan dilupuskan dari mana-mana App Store di Amerika Syarikat.

Undian itu mendapat undian majoriti sebanyak 79 senator bersetuju dan 18 tidak setuju.

Joe Biden juga akan menandatangai perundangan ini.

ByteDance diberi masa setahun untuk menjual TikTok kepada satu syarikat di Amerika Syarikat atau TikTok akan dibuang.

Ketua Polisi Awam TikTok cawangan Amerika, Michael Beckerman mengatakan mereka akan cuba melawan perundangan ini di mahkamah.

Jika perundangan ini diluluskan, Apple App Store dan Google Play Store tidak dibenarkan lagi untuk membenarkan muat turun untuk TikTok atau mereka bakal dikenakan penalti.

“Kami akan terus berlawan, perundangan ini adalah melanggar pindaan pertama lebih 170 juta rakyat Amerika Syarikat di TikTok,” ujar Michael Beckerman.

Disebabkan perundangan ini beberapa pengharaman juga berlaku di kampus kolej, pejabat politik dan beberapa negeri.

TikTok sudah diharamkan di India pada tahun 2020 kerana mempunyai banyak ‘cabaran’ berbahaya.

RELATED NEWS

+