Diablo Immortal bersedia untuk dimainkan pada 23 Jun ini!

Blizzard Entertainment mengumumkan bahawa pemain di rantau Asia Tenggara akan menerima panggilan untuk bertahan menentang Burning Hells di dalam Diablo Immortal mulai 23 Jun (waktu APAC).

Diablo Immortal akan datang ke pelantar Windows PC, iOS dan Android di Hong Kong, Indonesia, Macao, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan untuk Vietnam ia pada peranti PC sahaja.

Pelancaran untuk rantau Asia Tenggara akan hadir selepas pelancaran global pada 3 Jun ini (waktu APAC).  

Ini membolehkan Blizzard meningkatkan lagi pengalaman pemain untuk bermain lebih baik dengan menyediakan pelayan permainan khas untuk rantau ini.

Semasa melancarkan permainan, pemain akan disyorkan pelayan yang paling sesuai berdasarkan lokasi bahasa dan geografi  untuk memberikan mereka pengalaman permainan terbaik dalam Diablo Immortal.

Anda semua boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut serta pra daftar untuk permainan Diablo Immortal di diabloimmortal.blizzard.com

RELATED NEWS

+