Disney Mendedahkan Watak Will Smith Sebagai Genie Dalam Filem Aladdin

Dalam video acah baru ini, kelihatan Will Smith menjadi Genie yang berwarna biru, kali pertama ditunjukkan. 

Selain itu, watak antagonis iaitu Jafar yang dibintangi oleh Marwen Kenzari juga ditunjukkan. Watak-watak lain seperti Princess Jasmine (Naomi Scott), Aladdin (Mena Massoud) juga diperlihatkan dalam video pendek itu.

Smith mengambil alih watak Genie yang sebelum ini dipegang oleh Robin Williams. Di ruangan komen, ramai juga yang mengkritik dan memberi dislike mempersoalkan kenapa efek CGI digunakan dan bukannya mekap ataupun kostum.

Aladdin akan ditayangkan di pawagam bermula 24 Mei 2019.

Sumber: Variety

RELATED NEWS

+