Disney Mirrorverse akan datang ke iOS dan Android 23 Jun ini

Walt Disney Games dan Kabam Entertainment telah mengumumkan pelancaran global untuk siri aksi RPG bertajuk Disney Mirrorverse.

Kabam's Disney Mirrorverse mobile action RPG debuts on June 23 | VentureBeat

Permainan video ini kini boleh dipra-dafter di peranti iOS dan Android.

Pelancaran juga dijangka akan datang 23 Jun ini dengan membawa karakter dari Disney dan Pixar.

Permainan video ini seolah menjadi pewaris untuk permainan video INFINITY yang pernah popular satu masa dahulu dari Disney.

Anda dapat menggunakan karakter seperti Genie dari Aladdin, Sully dari Monster Inc., dan termasuk juga karakter jahat seperti Maleficent dari Sleeping Beauty dan pelbagai lagi.

Permainan video ini sebenarnya telah diumumkan April tahun 2022 dan telah menjalani beta test di Filipina.

Sudah semestinya dapat diteka permainan video ini adalah gacha dari Disney.

PO] Mcfarlane Toys Disney Mirrorverse Belle (Beauty and the Beast), Goofy,  Mickey Mouse, Sulley (Monsters Inc), Buzz Lightyear (Toy Story), Jack  Sparrow (Pirates of the Caribbean), Hobbies & Toys, Toys & Games

Kabam Entertainment juga merupakan syarikat yang membuat Marvel Contest of Champions dan Transformers: Forged to Fight.

Anda boleh pra-daftar Disney Mirrorverse di iOS dan Android.

 

RELATED NEWS

+