Tahniah Team Secret! Daripada prestasi yang konsisten di upper bracket, mereka berjaya mengalahkan Liquid di winner’s finals dan kemudian bertembung kembali di pusingan akhir namun mendapat kemenangan mudah 3-0 ke atas juara The International 7 itu.
Team Secret yang dianggotai oleh Puppey, Yapzor, FATA, Ace dan pemain Malaysia, Midone kini menduduki tempat teratas dalam ranking Dota Pro Circuit. Satu kejayaan yang besar dalam #RoadToTI8
Pastinya dengan kemenangan ini mereka sudah menempah tiket untuk mendapat jemputan terus ke ESL One Genting 2018 yang akan berlangsung pada Januari tahun depan.