DOTA2: Febby, Forev, March Dan Gunnar Akan Tubuhkan Skuad Baru Bagi Menghadapi TI9

The International 2019 kian menghampiri dan ramai pemain sudah mula bersedia untuk tubuhkan skuad baru bagi menghadapi kelayakan terbuka (bukan regional). Walaupun inisiatif ini belum tentu lagi berjaya untuk mereka, namun risiko perlu diambil bagi merebut peluang berentap di kejohanan dunia Dota 2 itu.

Sekumpulan pemain Korea Selatan, Kim “Febby”Yong-min, Lee “Forev” Sang-don dan Park “March” Tae-won diramalkan sudah pun menubuhkan skuad bersama Nico “Gunnar” Lopez dan Nuengnara “23savafe” Teeramahanon, menurut laporan daripada VPEsports.

Sebelum ini, mereka bertiga sangat digeruni sebagai Immortals. Selepas prestasi kurang memberangsangkan, Febby ke Mineski manakala Forev dan March membuka halaman baru bersama J.Storm. Gunnar pula adalah bekas pemain Chaos Esports yang berpindah ke Eropah untuk bertanding bagi Epicenter Major.

Bagi 23savage, pemain muda yang juga carry dari Thailand ini hanya bermain dengan dua skuad di rantau Asia Tenggara dan tidak melepasi mana-mana pusingan kelayakan DPC. Kelayakan terbuka akan dimulakan pada 3 Julai jadi ada peluang untuk mereka berlima cuba mencuri peluang untuk ke TI 9 nanti.

Artikel berkaitan: Kelayakan terbuka TI9 akan bermula tak lama lagi

RELATED NEWS

+