DOTA2: InYourDream Keluar EVOS, Kembali Ke BOOM ID

Pemain kompetitif Dota 2 Indonesia, Muhammad “InYourDream” Rizky Anugrah membuat keputusan untuk keluar dari skuad EVOS Esports dan kembali ke pasukan lamanya, BOOM ID.

Welcome back InYourDream to our DOTA2 Team…#HungryBeast #OMENbyHP #DominateTheGame #BOOMxOMEN #BOOMxLOGITECHG #BOOMxVORTEXSERIES #BOOMxDagelanGaming

BOOM ID 发布于 2019年7月21日周日

Laporan Esports.id mengatakan InYourDream yang baru saja empat bulan dalam EVOS menggantikan posisi Jhocam. 

Berbeza dengan IYD, Jhocam banyak membantu skuad BOOM ID antaranya berjaya memenangi Minor manakala IYD pula tidak pernah lagi memberikan sumbangan yang besar kepada pasukan.

Ramai warga Indonesia tertanya bagaimana prestasi BOOM ID nanti selepas melepaskan Jhocam dan ada juga yang meminta organisasi itu mengumumkan barisan roster rasmi. Mengikut catatan di Liquipedia, beliau masih memegang posisi 1 (mid) manakala Mikoto pula turun ke posisi kedua. Ini adalah posisi penuh bagi BOOM ID:

  • inYourdreaM (Muhammad Rizky) – Mid
  • Mikoto (Rafli Fathur Rahman) – Carry
  • Fbz (Saieful Ilham) – Offlaner
  • Dreamocel (Randy Sapoetra) – Support
  • Khezcute (Alfi Nelphyana) – Support/Kapten

Terdapat kekeliruan di sini kerana Dreamocel sangat bagus bermain carry dan posisinya sebagai support pastinya akan dipersoalkan.

Apa pun kita tunggu pengumuman rasmi daripada BOOM ID berkenaan perkara ini.

Sumber: Esports.id

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+