DOTA2: Pemain Malaysia, Cheng ‘vtFaded’ Jia Hao Berganding Bersama Matumbaman (Bekas Pemain Team Liquid)

Hari ini, Chaos Esports Club mengumumkan roster penuh mereka untuk persiapan menghadapi The International 2019!

Selepas Team Liquid melaporkan Matumbaman tidak lagi bermain untuk active roster, beliau sekarang buat keputusan menyertai Chaos dan kini anak Malaysia, Cheng “vtFaded” Jia Hao, pemain dengan posisi carry yang sangat berbakat juga turut sama menyertai.

vtFaded sebelum ini bermain untuk Power of MY+SG+AU (skuad WinteR) yang pernah berusaha untuk layak ke Epicenter Major dan Starladder Minor tapi tewas di tangan Fnatic dan Mineski.

Sebelum ini, Faded pernah bermain untuk pasukan China, For The Dream (FTD). Di ESL One Birmingham 2019, FTD menggantikan EHOME dalam kejohanan itu.

Disebabkan vtFaded akan kekal bermain untuk posisi carry, Matumbaman akan bermain sebagai midlaner. Ini adalah skuad penuh mereka dari posisi 1 hingga 5;

  • Cheng “vtFαded” Jia Hao
  • Lasse “MATUMBAMAN” Urpalainen
  • Maurice “KheZu” Gutmann
  • Milan “MiLAN” Kozomara
  • Rasmus “MISERY” Filipsen

Dengan kehadiran MISERY yang mempunyai pengalaman meluas dalam drafting dan sebagai kapten, skuad ini dilihat sebagai pencabar paling disegani di pusingan kelayakan The International 2019 nanti.

RELATED NEWS

+