DOTA2: Pusingan Kelayakan The International 9 Kini Diumumkan

Hanya tinggal satu lagi Major iaitu Epicenter Major di Moscow, Russia bagi menutup tirai Dota Pro Circuit musim 2018-2019 ini. Apabila Epicenter Major berakhir pada 30 Jun ini, ramai pasukan akan bertungkus lumus untuk melepasi pusingan kelayakan ke The International 2019 kerana tidak mendapat jemputan terus.

Terima kasih kepada Wykrhm Reddy yang mendedahkan tarikh rasmi bagi pusingan kelayakan TI9!

TI9 akan memulakan kelayakan terbuka pada 3 Julai  7 Julai dan kelayakan regional pada 8 Julai – 15 Julai ini. Ia akan bermula empat hari selepas Major terakhir tamat.

Bagi yang menerima jemputan terus ke kelayakan regional, mereka mempunyai sembilan hari untuk menawan slot ke Shanghai. 

Bagi patch akan datang pula, ia mungkin akan diperkenalkan ketika The International 2019 mula berlangsung nanti.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+