DOTA2: Team Jinesbrus Terus Cemerlang, Mendahului Carta Pusingan Kelayakan Asia Tenggara TI9

Siapa sangka, apabila tiga pemain Korea Selatan bergabung berjaya mencipta satu gaya permainan luar biasa di rantau Asia Tenggara!

Team Jinesbrus adalah skuad Dota 2 gabungan pemain baru dan lama iaitu 23savage, Gunnar, Forev, Febby dan March. Ketiga terakhir ini adalah bekas pemain MVP.Phoenix yang berpengalaman sebagai contoh Forev pernah bermain untuk beberapa organisasi antaranya Secret dan Febby pula untuk Fnatic. 

Yang menyertai mereka ialah Gunnar yang menyertai kejohanan kecil bersama TeamTeam dan Chaos. 23savage pula adalah pemain berbakat dari Thailand (mungkin pub player).  

Setakat artikel ini ditulis, mereka berjaya memenangi keempat-empat perlawanan di kelayakan Asia Tenggara bagi The International 2019, menewaskan Mineski yang juga pasukan pilihan dan BOOM ID (skuad dibarisi lima pemain Indonesia).

Hari ini masuk hari kedua untuk mereka berentap dan perlawanan mereka akan bermula 1 jam dari sekarang ke atas skuad AMPLFY dianggotai pemain Filipina.

Untuk bracket penuh, lihat di https://liquipedia.net/dota2/The_International/2019/Southeast_Asia

Saksikan live mereka di https://www.twitch.tv/beyondthesummit2

The International 2019 adalah kejohanan dunia Dota 2 yang berlangsung setiap tahun, mengumpulkan 18 pasukan berentap merebut wang tunai terkumpul lebih USD26 juta (RM107 juta).

Ia akan berlangsung di Shanghai, China, pertama kali dalam sejarah The International untuk dianjurkan di benua Asia.

RELATED NEWS

+