Dragon Age Diacah Oleh BioWare, Pengumuman Rasmi Pada Bulan Disember

Pengurus Besar BioWare, Casey Hudson mengacah satu pengumuman penting berkenaan Dragon Age pada bulan Disember.

Menurut satu post terbaru blog BioWare, Hudson berkata, “Jika korang dah mengikuti perkembangan daripada saya dan Mark Darrah (penerbit eksekutif Anthem dan Dragon Age), korang tentu sudah tahu kami sedang membangunkan Dragon Age secara rahsia. Dragon Age merupakan satu francais sangat penting untuk studio kami dan kami teruja untuk menyambung kembali legasi game ini.”

Apa yang Hudson cakap itu benar. Walaupun studio yang terkenal dengan game RPG sedang bertungkus lumus untuk melancarkan alpha tertutup game terbaru bergenre shooter open-world ala-ala Destiny, Anthem, syarikat berasal dari Canada ini tidak pernah mengabaikan game mereka lain seperti Mass Effect (baru sahaja visual dipertingkatkan di 4K untuk Xbox One) dan Star Wars: The Old Republic (mengeluarkan kandungan cerita baru).

Dragon Age: Inquisition adalah game ketiga bagi siri Dragon Age dilancarkan pada 2014.

Selepas Dragon Age: Inquisition dikeluarkan pada 2014, terdapat banyak desas-desus diperkatakan tentang game Dragon Age seterusnya. Laporan Eurogamer mengatakan Dragon Age baru akan menjaminkan penceritaan dan karakter mantap serta tertumpu kepada servis ‘langsung’ (games as a service) seperti yang diterapkan dalam Anthem.

Namun, mereka tidak pernah mendedahkan Dragon Age akan dikeluarkan untuk platform mana. Buat masa sekarang, apa pun boleh terjadi dan mungkin game fantasi RPG ini bakal dikeluarkan untuk mobile seperti Diablo Immortal.

BioWare juga akan mempamerkan trailer baru untuk Anthem di The Game Awards dan inilah adalah masa paling sesuai untuk mengumumkan game baru… betul tak? Sama-sama kita nantikan.

RELATED NEWS

+