Dua Pemain Pro Evolution Soccer (PES) Malaysia Ini Sertai Kelab Esports Di Thailand

Nama Mohamad Norhaikal Mohamad Noh “Haikal” dan Muhamad Khairul Abdul Aziz “Keron” sangat dikenali di arena esports negara apabila kedua-dua mereka mewakili Malaysia di temasya Sukan Asia 2018 yang mempertandingkan Pro Evolution Soccer (PES) dan banyak lagi permainan video.

Mereka juga adalah satu-satunya atlet Malaysia yang bermain di bawah kelab Port FC, Thailand untuk bertanding dalam Thai Eleague Pro.

Semalam, pengumuman roster baru diumumkan dan nampaknya Haikal akan kekal dalam Port FC.

Manakala bagi Keron pula, beliau akan bermain buat pertama kalinya untuk skuad Police Tero Esports.

Bagi peminat kedua-dua duo ini, pastinya agak mengejutkan melihat mereka berpisah dan tak bermain di bawah satu skuad lagi. Tapi positifnya, kita boleh menyaksikan prestasi Haikal dan Keron yang sekarang akan bertungkus lumus untuk jadi terbaik dan mengharumkan nama negara dalam saringan akan datang. 

Kami daripada MyGameOn ingin ucapkan selamat maju jaya kepada Haikal dan Keron!

RELATED NEWS

+