Edisi Terhad PlayStation 4 Pro 1TB Death Stranding Sah Tiba Di Malaysia

Berita baik kepada peminat game terbaru Kojima Productions, edisi terhad PlayStation 4 Pro Death Stranding akan hadir di Malaysia!

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum Death Stranding dilancarkan, Sony Interactive Entertainment (SIE) mengumumkan edisi PlayStation 4 Pro bersama dengan controller DualShock 4 bercorakkan Death Stranding semasa siaran langsung State of Play baru-baru ini.

Versi konsol PlayStation 4 Pro bersaiz 1 TB akan didatangkan bersama CD game fizikal Death Stranding dan barangan tambahan seperti tema dinamik PS4, PSN Avatar dan macam-macam lagi.

Edisi PlayStation 4 Pro Death Stranding akan dikeluarkan secara terhad dan pemain boleh mendapatkan konsol istimewa ini berharga RM1799 pada 8 November 2019 iaitu tarikh pelancaran rasmi Death Stranding di semua pengedar rasmi PlayStation dan Sony.

Death Stranding bakal dilancarkan pada 8 November 2019 khas di PS4.

Cantik tak? Adakah korang bakal mendapatkan edisi PlayStation 4 Pro ini? Jom kongsi bersama kami.

Terima kasih, Aksiz.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+