Expand akan lebih ‘garang’ di minggu keempat liga FFWS Asia Tenggara

Liga Siri Dunia Free Fire (FFWS) Asia Tenggara kini sudah memasuki minggu ketiga. Minggu keempat dijadualkan bermula pada 26 April ini. Hanya baki tiga minggu lagi sebelum pusingan Point Rush bermula.

Setakat minggu ketiga, wakil Malaysia, Expand mencatatkan kedudukan yang agak selesa di tempat kelapan dengan keseluruhan 371 mata. Di tempat ketujuh adalah EVOS Divine dengan 450 mata, satu ranking yang agak jauh ke depan.

Sementara itu, dua lagi pasukan Malaysia, Todak dan HomeBois masing-masing di kedudukan ke-16 dan terakhir. Kedudukan genting ini perlu diubah segera menjelang minggu keempat kerana hanya 12 pasukan teratas akan ke pusingan Point Rush dan Grand Finals.

Bagi Expand di tempat kelapan, ia bukanlah syarat untuk berada di zon selesa.

“Tempat kelapan bukan misi Expand. Kami boleh lebih baik dari itu.

“Raya ke-4, Expand sudah giat berlatih dan memperkasakan strategi kami. Akan ada pembaharuan yang akan diketengahkan utk baki tiga minggu liga ini,” jelas Expand.

Mereka juga mengatakan memandangkan Malaysia hanya tiga pasukan, amat sukar untuk Expand mendapatkan Booyah jika di bulatan terakhir dikelilingi dua pasukan seperti dari Indonesia.

“Kami merasakan bermain di negara masing-masing ada banyak kekurangan dari segi ketelusan permainan (teaming) dan Garena perlu menangani isu integriti dalam game dgn bijak,” jelas mereka.

Ini kerana setiap pasukan sama negara akan bermain di negara asal secara dalam talian dan bukannya semua pasukan Asia Tenggara berkumpul di satu lokasi offline.

Berbaki tiga minggu lagi, dua wakil MY lain, Todak dan HomeBois perlu ‘step up the game’ kerana berada di kedudukan merisaukan dan hanya top 12 layak ke pusingan Point Rush dan Grand Finals.

Foto: IG @freefiremalaysiaofficial

RELATED NEWS

+