Falke Menyertai Line-Up Street Fighter V Pada 24 April Ini

Street Fighter V nampaknya akan menambah seorang lagi karakter baru. Sebelum ini kita nampak dah banyak yang join the party tapi Capcom ingin terus menyajikan karakter baru kepada peminat.

Capcom dah sahkan Falke akan hadir ke Street Fighter V pada 24 April untuk PlayStation 4 dan PC. Korang boleh check out trailernya di bawah. 

Falke direka sebagai alternatif untuk M.Bison. Dia mempunyai kuasa unik iaitu Psycho Power dan boleh dimasukkan ke dalam objek dan dikeluarkan melalui tongkatnya yang dinamakan sebagai Harmony. 

Kalau korang perhatikan, Falke memanfaatkan tongkatnya untuk menjauhkan musuh darinya. Dengan menekan mana-mana butang tumbuk, Falke boleh caj dan menyimpan Psycho Power untuk melaksanakan serangan jarak jauh. Korang boleh usha kesemua kombonya di SINI.

RELATED NEWS

+