Fallout 76 Memperlihatkan Trailer Live Action Terbaru

Nampaknya Bethesda dah mula push untuk Fallout 76 dan pertama sekali, mereka cuba menampilkan pelakon sebenar dalam trailer live action ini yang penuh dengan ‘ketenangan’ dan juga kemusnahan.

Trailer ini menampilkan sekumpulan manusia yang sedang bergembira (dan juga.. sloth?) sambil menghapuskan musuh yang datang ke arah mereka. Ia nampak sedikit pelik tapi penuh dengan aksi dan mungkin ini yang ingin ditunjukkan Bethesda dalam permainan penuh nanti.

Ia dimulakan dengan seorang wanita seakan menari sambil membunuh musuh dengan senjata berkembar dan kemudian menunjukkan dua askar dalam heavy armor yang menembak ke arah musuh di udara yang meluru ke arah mereka.

Kemudian kita nampak lebih ramai ahli lain datang dengan latar tempat di hutan untuk menantikan musuh yang mendatang. Seterusnya mereka duduk di unggun api dan melihat musuh yang menghendap dan kemudian dibakar lalu mereka tertawa.

Kemudian kita lihat kumpulan ini menyaksikan depan mata letupan nuklear sebelum makhluk berkepak muncul lalu memaksa mereka bersedia untuk terus survive.

Fallout 76 mungkin akan mendapat layanan lebih baik di Xbox One dari Microsoft.. tapi PS4 tetap tak dilupakan. Ia akan hadir pada 14 November ini di Xbox One, PlayStation 4 dan PC.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+