FFWS SEA: Expand kekal tempat kelapan liga, HomeBois di kedudukan tercorot

Wakil Malaysia di kejohanan Siri Dunia Free Fire Asia Tenggara (FFWS SEA), Expand kekal berada di tempat kelapan ranking liga selepas berakhirnya minggu keempat pada Ahad lalu.

Dengan pengumpulan 163 mata, ia adalah rekod tertinggi berbanding tiga minggu sebelumnya. Pada ketika ini, Expand melakukan pertukaran roster dengan mengeluarkan Zuezz dan Cobra lalu memasukkan Faizzmks dan Kenzz ke dalam pasukan.

Setakat minggu keempat, mereka mengumpulkan keseluruhan 534 mata di belakang pasukan Thailand, Attack All Around dengan pengumpulan 600 mata.

Sementara itu, dua lagi pasukan Malaysia iaitu Todak dan HomeBois masing-masing di kedudukan genting dan tidak memuaskan di tempat ke-16 dan terakhir. Ini kerana, baki dua minggu ini adalah penentuan jika mereka boleh merebut top 12 untuk mara ke pusingan Points Rush dan Grand Finals.

Malah, pusingan Grand Finals juga penting lapan teratas akan terbang ke Riyadh, Saudi untuk bermain di Esports World Cup dengan prizepool AS$ 1 juta (RM4.75 juta).

Minggu kelima akan bermula pada esok hingga Ahad ini.

RELATED NEWS

+