FIFA 22 versi PC tidak akan disertakan ciri-ciri generasi baru, hanya PS5 dan Xbox Series X|S

FIFA 22 versi PC tidak akan disertakan ciri-ciri penambahbaikkan generasi baru termasuk teknologi animasi terbaru. 

Ini adalah mengikut langkah seperti edisi FIFA 21, yang mengutamakan penambahbaikkan generasi baru untuk konsol. Menurut EA, hal ini adalah untuk memastikan pengguna PC yang kurang berkuasa masih boleh bermain dengan baik.

Selain itu, dengan jumlah pengguna PC yang kecil berbanding konsol juga menjadi faktor kenapa penambahbaikkan ini tidak menjadi keutamaan untuk pengguna PC. Bahkan, pengguna PS4 dan Xbox One juga terkecuali daripada penambahbaikkan ini.

FIFA 22 akan dilancarkan pada 1 Oktober ini di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S, PC melalui Steam, Origin dan Google Stadia. Manakala Nintendo Switch akan mendapat FIFA 22 Legacy Edition.

RELATED NEWS

+