Final Fantasy VII Remake Versi PC Disahkan Melalui Video Pesanan Khas

Final Fantasy VII Remake (FF7R) akhirnya telah dilancarkan pada hari ini di PlayStation 4 (PS4). Walaubagaimanapun, ia hanya kekal sebagai judul eksklusif PS4 dalam tempoh setahun sehingga 10 April 2021.

Pada waktu ini, Square Enix masih belum mengumumkan versi konsol dan platform lain untuk FF7R. Menurut video pesanan khas daripada Yoshinori Kitase (ketua penerbit FF7R), nampaknya versi PC disahkan akan tiba selepas tamat tempoh eksklusif PS4.

Dalam video di atas, terdapat tulisan “Gameplay captured on PC” di saat 0:04 sehingga 0:08 semasa rakaman FF7R ditunjukkan. Pada pendapat penulis, ia boleh dikatakan sebagai pengesahan bahawa FF7R semestinya akan mempunyai versi PC.

Apa-apa pun, kita masih perlu menunggu lagi setahun untuk main FF7R di konsol dan platform lain selain PS4. Bagi anda yang telah membeli FF7R, selamat menikmati permainan tersebut!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+