Final Fantasy XIV Announcement Showcase. Studio tersebut mendedahkan pelbagai butiran baharu mengenai Final Fantasy XIV: Endwalker, pengembangan seterusnya untuk permainan dalam talian Final Fantasy XIV."> Final Fantasy XIV Announcement Showcase. Studio tersebut mendedahkan pelbagai butiran baharu mengenai Final Fantasy XIV: Endwalker, pengembangan seterusnya untuk permainan dalam talian Final Fantasy XIV." /> Final Fantasy XIV Announcement Showcase. Studio tersebut mendedahkan pelbagai butiran baharu mengenai Final Fantasy XIV: Endwalker, pengembangan seterusnya untuk permainan dalam talian Final Fantasy XIV." />

Final Fantasy XIV: Endwalker memperkenalkan Job healer baharu dan banyak lagi

Square Enix baru-baru ini mengadakan siaran langsung Final Fantasy XIV Announcement Showcase. Studio tersebut mendedahkan pelbagai butiran baharu mengenai Final Fantasy XIV: Endwalker, pengembangan seterusnya untuk permainan dalam talian Final Fantasy XIV.

Endwalker dijadualkan untuk tiba di PC, PlayStation 4 (PS4), PlayStation 5 (PS5), dan Mac pada musim luruh (23 September hingga 21 Disember) tahun ini. Pengembangan ini merupakan pengakhiran jalan cerita yang bermula dari pengembangan A Realm Reborn.

Dalam Endwalker, pemain akan menerim pelbagai kandungan baharu. Antaranya:

  • Beberapa Jobs baharu. Salah satunya ialah Sage, sebuah Job healer
  • Had level dinaikkan dari 80 ke 90
  • Boleh mengembara ke Thavnair (ibu kota Garlemald) dan juga ke bulan
  • Tribe baharu: Arkasodara
  • High-Difficulty Raid baharu: Pandæmoniu
  • Mod PvP baharu berskala kecil
  • Kelengkapan dan resipi crafting baharu

Square Enix juga mengumumkan bahawa beta terbuka versi PS5 akan dilancarkan pada 13 April bersama patch 5.5. Versi penuh untuk konsol tersebut akan dilancarkan tidak lama selepas pelancaran beta terbuka tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai kandungan baharu dan perubahan yang bakal hadir dalam Final Fantasy XIV: Endwalker, anda boleh merujuk laman web rasmi Square Enix.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+