Fortnite bakal disaman disebabkan budak-budak ‘terlalu ketagih’

Satu fail saman bakal diajukan kepada Epic Games di Kanada untuk permainan video Fortnite.

Saman ini sebenarnya sudah difailkan pada tahun 2019 oleh ibubapa kepada dua orang anak mereka yang mengatakan Epic Games sengaja membuat Fortnite sangat ketagih.

Menurut Hakin Sulvain Lussier yang bersama plaintif bersetuju dengan tuntutan itu dan boleh meneruskan tuntutan terhadap defendan.

Namun, hakim juga tidak bersetuju yang Fortnite sengaja dibuat untuk menjadi ketagih.

“Mahkamah mengatakan tiada bukti dalam penuduhan di mana sengaja membuat permainan video yang ketagih. Ini tidak termasuk bahawa permainan itu memang membawa ketagihan dan pembangun serta pengeluar tahu mengenai perkara ini,”

Epic Games mengatakan bahawa tiada bukti mengatakan kewujudan ketagihan permainan video dimana bukti yang ada adalah daripada American Psychiatric Association.

Hakim juga mengatakan “para psikiatri masih dalam fasa penyelidikan dan perlu mendapatkan lebih banyak diagnosis dan masih belum diterima oleh badan berkanun seperti Quebec.

Epic menambah lagi mereka akan berlawan di mahkamah untuk kes ini.

Rujukan: The Independant

RELATED NEWS

+