Fredo dalam iklan 100 Plus

Pemain profesional pasukan PUBG Mobile terbaik Asia Tenggara, Ahmad Fuad Razali atau Fredo tampil dalam iklan baharu 100 Plus.

Difahamkan, pemain Yoodo Gank ini bersama artis Malaysia lain, Syafiq Kyle dan Mira Filzah yang turut tampil. Iklan itu adalah sebahagian dari kempen GGW100Plus.

Berikut adalah butiran dari kempen tersebut:

“100PLUS mempersembahkan Hub E-Sports khas untuk pencinta MLBB dan PUBGM, memaparkan jadual siaran langsung kejohanan serta sesi strim live dari gamer-gamer terkenal dari seluruh negara, berita menarik dan banyak lagi. Semarakkan semangat dirimu, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bagi memberikan yang terbaik,”

Berkemungkinan 100 Plus ingin meneroka bidang e-sukan dengan menganjurkan perlawanan yang akan disertai oleh penghibur penstriman langsung (streamer) seperti yang dilihat di posting IO Esports.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+