FrostFire – Satu Organisasi E-Sukan Baru, Diketuai Oleh Bekas CEO Fire Dragoon Esports

Berita mengenai Fire Dragoon dibubarkan masih hangat diperkatakan di laman sosial tapi itu bukan bermakna pengakhiran mereka selamanya.

Terbaru, FrostFire Sdn Bhd, sebuah organisasi e-sukan yang diketuai oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fire Dragoon Esports akhirnya diumumkan beroperasi dan En. Fire Kam akan cuba mengikuti kejayaan organisasi terdahulunya. Fire Kam antara individu pertama yang membina ekosistem e-sukan yang lebih lengkap dengan membantu pasukan profesional menerusi penyediaan infrastruktur dan sokongan dalam karier berkaitan.

Bekas CEO Fire Dragoon, Fire Kam. Kredit gambar: Fire Dragoon

“Kami bercadang untuk fokus kepada pelan yang lebih kukuh seperti mempunyai pengurus sepenuh masa dan jurulatih bagi setiap pasukan. Kami juga aktif meneroka sports science practise untuk pasukan kami walaupun di fasa permulaan.

“Kami juga antara organisasi e-sukan di Malaysia yang memilih dan melatih pemain untuk bersaing dalam e-sukan dan juga membantu mereka menjadi public figure terutamanya dari kaca mata media dan penonton e-sukan,”

Pengalaman 2 tahun dalam e-sukan juga membantu Fire Kam dalam pelbagai aspek dan hala tuju untuk mencipta pasaran e-sukan yang stabil. 

“Saya percaya pengalaman bersama Fire Dragoon akan membawa FrostFire ke tahap lebih baik berbanding sebelum ini,”

Fire Kam juga akan ditemani oleh Pengarah Urusan Brighstar Computers, Franky How yang akan menyertai sebagai salah seorang pengarah dalam FrostFire.

“E-sukan sekarang berada dalam keadaan yang baik. Selepas mendapat tahu lebih mendalam tentang bisnes dalam e-sukan seperti arena e-sukan, The Pantheon, saya nampak potensi yang besar dalam pasaran dan ingin berkerjasama dengan Fire.

Dengan pengumuman ini, FrostFire tak terhad kepada pasukan dengan platform PC tapi meneroka ke platform seperti permainan mudah alih Arena of Valor dan Mobile Legends. PUBG dan Fortnite juga dipertimbangkan dan fighting games seperti Street Fighter V, Tekken 7 ataupun Clash Royale.

Nota Editor: Tahniah kepada Fire Kam dan semoga berjaya dengan FrostFire! Lepasni mungkin kita akan saksikan pasukan-pasukan baru yang akan ditubuhkan untuk arena kompetitif e-sukan tak lama lagi! 

RELATED NEWS

+