Funko POP Genshin Impact diumumkan, akhirnya

Patung Genshin Impact Funko Pop kini diumumkan.

Syarikat itu akan mengeluarkan tiga karakter dahulu iaitu Aether, Lumine dan Paimon.

Setakat ini masih belum ada apa-apa pengumuman untuk tarikh keluar dan setiap patung ini adalah berharga RM48 dengan saiz 5 inci.

Aether dan Lumine akan memakai pakaian biasa mereka dengan pedang.

Paimon pula yang menjadi maskot Genshin Impat akan mendapat tempat letak yang seolah-olah menunjukkan dirinya sedang terbang.

Bukan Funko Pop sahaja yang ingin membuat patung Genshin Impact malah beberapa syarikat lain juga ada membuat karakter Genshin Impact seperti Good Smile Company dan Kotobukiya.

RELATED NEWS

+