Geek Fam mara ke Grand Final PMGC

Selepas mencatatkan ranking yang cemerlang pada peringkat kumpulan Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2022, akhirnya Geek Fam berjaya layak ke Jakarta, Indonesia bagi meneruskan misi mereka di peringkat grand final.

Pada peringkat kumpulan itu, Geek Fam dalam kumpulan kuning berjaya mencatatkan 292 mata di tempat pertama manakala skuad China 4AM di tempat kedua dengan 231 mata sahaja.

Grand Final PMGC 2022 akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 6 Januari hingga 8 Januari membabitkan 16 pasukan yang akan bertarung dalam 18 perlawanan.

Sementara itu, satu lagi pasukan Malaysia, 4Rivals akan bermain di peringkat survival. Mereka perlu berada dalam kelompok top 16 untuk layak ke Last Chance yang mana peluang untuk ke Grand Finals masih ada.

Tahniah diucapkan kepada Geek Fam dan semoga berjaya 4Rivals!

Foto: Geek Fam / Facebook 

RELATED NEWS

+