God Eater 3 Bakal Tiba Di Nintendo Switch Pada Julai 2019

Bandai Namco Entertainment Asia umum game aksi role-playing game (RPG) pemburuan raksasa, God Eater 3 bakal dikeluarkan di konsol Nintendo Switch pada bulan Julai ini.

Saksikan trailer pengumuman God Eater 3 ke Switch dengan ciri-ciri baru di bawah:

God Eater 3 merupakan game ketiga dalam francais dibangunkan oleh Marvelous First Studio mengikuti perjalanan pemain sebagai God Eater yang mempunyai kuasa God Arcs iaitu mampu menyerap tenaga daripada raksasa dan berupaya untuk menghancurkan raksasa dipanggil sebagai Aragami.

Game ini seakan Monster Hunter: World yang mana korang boleh cipta karakter tersendiri dan ubahsuai gaya tempur dengan pelbagai jenis teknik God Arcs untuk dipelajari.

Dengan mengekalkan kualiti God Eater 3 yang telah dikeluarkan di PC dan PS4 pada 8 Februari lepas, korang juga boleh mengalahkan Aragami bersama rakan-rakan seramai tiga orang secara langsung melalui mod local co-op dan seramai lapan orang melalui online co-op.

God Eater 3 bakal serang di Nintendo Switch pada 12 Julai 2019.
 
Ikuti MyGameOn di Facebook dan Instagram serta saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+