Infinix GT 20 Pro kini dilancarkan, berharga RM1,299

Jenama telefon pintar untuk golongan muda, Infinix hari ini melancarkan Infinix GT 20 Pro yang sesuai untuk para gamers.

Telefon pintar baharu ini menggunakan cip pemprosesan Dimensity 8200 Ultimate 4nm 5G yang dikhaskan untuk sesi permainan dengan high-frame rate. Ia juga memperkenalkan teknologi canggih seperti MAGT dan AI-VRS untuk meningkatkan prestasi bila memainkan MLBB, PUBG Mobile, Free Fire dan Call of Duty (COD).

Dengan harga hanya RM1,299, ia juga boleh boost 120Hz apabila memainkan Genshin Impact di skrin 6.78 inci AMOLED HD Penuh+ dengan 144Hz kadar segar semula.

Peranti ini juga mempunyai Mod E-Sukan (Esports Mode) untuk meningkatkan prestasi permainan jadi tidak hairanlah ia menjadi telefon pintar rasmi untuk kejohanan Liga Akademi MLBB Malaysia (MAL MY).

Dengan kelajuan pengecasan 45-Watt dan kapasiti bateri sebesar 5,000 mAh, pastinya pengalaman permainan boleh lebih lama ditambah lagi dengan dual-speakers dari JBL.

Dari segi rekaan, ia menggunakan rekaan Cyber Mecha yang mencerminkan elemen Infinix GT: Metal, Kuasa dan Kelajuan. Rekaan ini memperkenalkan lampu RGB kecil di belakang telefon yang boleh diubahsuai dengan lapan kombinasi warna.

Infinix GT 20 Pro kini tersedia di pasaran Malaysia bermula hari ini dalam pilihan warna Mecha Blue, Mecha Orange dan Mecha Silver dengan konfigurasi 12+256GB. Anda yang membeli GT 20 Pro juga akan menerima GT Pro Gaming Kit: GT Mecha Case, Kipas Penyejuk GT, GT Finger Sleeves berharga RM89 sementara stok masih ada.

RELATED NEWS

+