Ini pelakon-pelakon suara Arcane dalam Bahasa Malaysia

Menghampiri tayangan pertama siri animasi League of Legends, Arcane, Riot Games juga memperkenalkan barisan pelakon suara bagi alih suara ke Bahasa Malaysia untuk penonton tempatan.

Barisan pelakon suara ini diumumkan melalui laman Facebook League of Legends: Wild Rift Malaysia.

 

Gambar: League of Legends: Wild Rift Malaysia

Arcane adalah siri animasi berlatarkan wilayah utopia Piltover dan sebuah dunia bawah tanah, Zaun. Arcane mengikuti kisah dua champion ikonik daripada League of Legends dan kuasa yang mula memecahbelahkan mereka. 

Ia adalah sebuah siri animasi pertama daripada Riot Games hasil kerjasama mereka bersama Fortiche Production, yang berasaskan watak-watak daripada permainan League of Legends.

Untuk mengikuti perkembangan Arcane, sila ikuti laman sosial Arcane di Twitter dan Instagram ; selain laman Twitter dan Instagram Netflix Geeked.

RELATED NEWS

+