mangsa kepada perdayaan atau penipuan."> mangsa kepada perdayaan atau penipuan." /> mangsa kepada perdayaan atau penipuan." />

Ini punca stok PlayStation 5 tidak pulih dalam masa terdekat

Ramai peminat konsol permainan sedar bahawa keberadaan stok untuk konsol Sony PlayStation 5 tidak begitu baik dan sering tiada stok. Seluruh dunia tidak mempunyai stok buat masa ini sehinggakan ramai boleh terjadi mangsa kepada perdayaan atau penipuan.

Sony mungkin sudah mendedahkan sebab mengapa stok PlayStation 5 tidak akan pulih pada masa terdekat.

Dalam sebuah laporan tahunan, Sony menunjukkan bahawa mereka akan mengeluarkan dua juta unit PS5 antara Januari dan Mac untuk suku tahun ini, iaitu 1.3 juta unit kurang daripada yang dihantar pada suku yang sama tahun lepas. Ini menunjukkan bahawa Sony tidak dapat menghasilkan konsol itu pada jumlah yang besar.

Susulan itu, Sony juga menurunkan unjuran untuk penghantaran PS5 tahun fiskal ini kepada 11.5 juta unit daripada 14.8 juta. 

Dalam kata lain, stok tidak mampu dipulihkan dalam keadaan pantas kerana sumber serta penghasilan konsol adalah amat terhad.

Walaupun Sony tidak mampu menghasilkan konsol PS5 dengan pantas buat masa ini, Sony masih berada dalam posisi yang lebih baik dari pesaingnya, Microsoft, dengan lebih 5 juta unit terjual berbanding pesaingnya.

Sumber rujukan: Forbes

RELATED NEWS

+