Inilah 12 pasukan yang layak ke Grand Final Siri Cabaran Free Fire musim kedua

Artikel ini ditulis oleh Firas Aliyan Idris

Siri Cabaran Free Fire peringkat liga sudah selesai, 12 pasukan sudah menempah slot ke peringkat Grand Final.

Pada aksi semalam, pasukan Axis Esports menonjolkan dominasi apabila berjaya mengutip tiga Booyah daripada lapan pusingan yang dimainkan dan mencatatkan 333 mata keseluruhan di posisi keempat keseluruhan.

Secara umum, persaingan pada hari terakhir itu menyaksikan pasukan di posisi ke-10 hingga ke-15. Orange Esports membuktikan bahawa tiada yang mustahil selepas berjaya lolos ke Grand Final walaupun sebelum ini di berada di posisi ke-12.

Geek Fam dan Farang juga tampak kukuh di persada liga kerana jurang mata yang tinggi selepas masing-masing mencecah 400 mata.

Farang mencatatkan pungutan Booyah tertinggi saat ini selepas mengumpul lapan Booyah, dan 228 mata singkir.

Di samping itu, dua pasukan dari Sri Lanka dan Kemboja tidak bernasib baik kerana sekadar berada di posisi ke-14 hingga ke-18.

Meskipun Neverstop meraih Booyah pada pusingan ketujuh, tetapi mata tersebut tidak mampu memintas mana-mana pasukan yang berada di atas.

Grand Final Siri Cabaran Free Fire (FFCS) musim kedua akan berlangsung dua hari iaitu pada 30 dan 31 Julai 2022.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM130,000 dan penyertaan sebanyak 18 pasukan dari empat buah negara.

Jangan lupa saksikan aksi pasukan bertanding di Facebook/Youtube rasmi Garena Free Fire setiap Sabtu dan Ahad pada 2 hingga 31 Julai ini.

RELATED NEWS

+