“Kami akan pertahan dropspot, sentiasa waspada pihak ketiga,” – Ashedz

Jurulatih pasukan Free Fire Axis Esports, Abdul Rashshed Abd Rahman (Ashedz) menegaskan anak buahnya bakal menerapkan permainan bertahan bagi menghadapi minggu kedua ESL Snapdragon Free Fire musim kedua.

Hal itu sempat diulas Ashedz ketika siarang langsung miliknya di Tiktok. 

“Minggu lepas dropspot kami bukan sahaja dikacau, malah perebutan kawasan juga diganggu pihak ketiga,” katanya.

Justeru itu, dia sedang dalam fasa akhir menyiapkan pasukan menjelang aksi minggu kedua esok. 

“Shipyard, Forge, Council Hall dan River Mouth akan kami jaga, ‘langgar’ je,” tambah Ashedz.

Di samping itu, pasukan itu tidak menyasarkan untuk berada di kelompok enam teratas pada dua minggu awal ini. 

“Barisan pemain yang sama masih akan dikekalkan meskipun kerap dikecam peminat tempatan,” akhir kata olehnya. 

RELATED NEWS

+