“Kami yakin untuk berada dalam kelompok terbaik,” – Todak Free Fire

Challenge Finals di Bangkok menjadi medan pertempuran yang sangat mencabar kemampuan wakil negara, Todak Free Fire pada 9 Mac dan 10 Mac ini.

Jurulatihnya, Mohd Aswat Jasdi atau Alpha menyifatkan tanggungjawab dipikul kali ini lebih berat memandangkan mereka adalah satu-satunya wakil Malaysia di kejohanan ini. 

“Bagi kami agak berat (bawa harapan negara) kerana kami satu-satunya wakil Malaysia di kejohanan ini. Harap penonton dan peminat dapat berikan  sokongan dan kata-kata positif. InsyaAllah kami akan buat yang terbaik,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

“Setakat sekarang, latihan kami memfokuskan liga FFWS terlebih dulu. Tapi modul latihan kami lebih ke arah luar dari Malaysia. Kami banyak sertai scrim dan kejohanan Indonesia,” tambahnya.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ESL Malaysia (@eslmalaysia)

Alpha berkata, dengan kehadiran pembantu jurulatih yang diimport dari Indonesia kini mampu memberi nilai tambah dalam latihan mereka bagi menghadapi kejohanan besar ini.

Selain itu, Alpha mengatakan skuad Thailand adalah saingan tidak boleh dipandang ringan terutamanya juara dunia, BRU dan Triple A.

“Kami yakin untuk berada dalam kelompok terbaik. Kami dah bersedia bagi saingan tapi tak ingin terlalu yakin. Kami sasar mahu ke Brazil untuk kejohanan ESL Mobile Masters,” katanya mengakhiri perbualan.

ESL Snapdragon Challenge Finals musim ketiga akan dianjurkan di Bangkok, Thailand dan Todak dijangka akan berlepas ke sana pada 6 Mac ini.

Ia mengumpulkan hadiah wang tunai terkumpul AS$60,000 (RM286,000).

RELATED NEWS

+