KBS lancarkan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kabangsaan (NESDEG)

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh melancarkan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan atau National Esports Development Guideline (NESDEG) sebagai langkah pertama pembangunan industri sukan elektronik Malaysia.

NESDEG diwujudkan bagi memberi panduan kepada semua pemegang taruh untuk tadbir urus yang lebih efektif, hak dan tanggungjawab dalam penggiat dan pemain industri.

Ia dirangka dengan kerjasama Esports Integrated (ESI), Bahagian Dasasr dan Perancangan Strategik KBS dan FUTURISE, sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan.

Panduan ini juga mempunyai garis panduan dan prosedur untuk membuat keputusan, kawalan dalaman dan pengurusan risiko.

Terdapat 6 teras utama NESDEG yang meliputi skop penting untuk pembangunan ekosistem sukan elektronik yang selamat, bertenaga, inklusif dan mampan, iaitu:

  1. Pengurusan Kontrak Pemain
  2. Tadbir Urus Penganjuran Acara
  3. Memantau dan Melindungi Kanak-Kanak
  4. Tatakelakuan dan Etika
  5. Garis Panduan Laluan Kerjaya
  6. Aplikasi Sains dan Perubatan Sukan di dalam Sukan Elektronik

ESI akan menjalankan kempen pendidikan di seluruh Malaysia untuk menampilkan kandungan-kandungan dengan penambahan perbincangan yang lebih praktikal.

Panduan ini juga bakal menjadi tunjang untuk mana-mana organisasi.

RELATED NEWS

+