Kemaskini Pokemon Brilliant Diamond & Shining Pearl ditayangkan, Pokemon Legends: Arceus mendedahkan Pokemon baru

The Pokémon Company dan pengembang Game Freak sudah mengeluarkan maklumat dan trailer baru untuk permainan Pokémon mereka yang akan datang: Pokémon Legends: Arceus dan Pokémon Brilliant Diamond & Shining Pearl.

Pokémon Brilliant Diamond & Shining Pearl

Permainan ini adalah buatan semula daripada permainan Pokemon Diamond & Pearl yang asalnya dilancarkan pada pelantar Nintendo DS pada tahun 2006. Brilliant Diamond dan Shining Pearl ini memperkenalkan pelbagai mekanik baru serta visual yang lebih comel.

Pokémon Legends: Arceus

Trailer terbaru ini menunjukkan pelbagai ciri-ciri baru seperti Noble Pokemon, penyesuaian watak, serta pekan Jubilife Village yang akan menjadi kawasan asal anda. Noble Pokemon yang ditayangkan di video itu adalah Kleavor yang bergelar Lord of the Woods.

Pokemon ini adalah Bug/Rock Pokemon yang evovle daripada Scyther, menurut laman web Pokemon terkemuka, Serebii.

Pemain akan berlawan dengan Pokemon ini secara aktif. Ini bermaksud watak pemain akan terlibat sekali seperti dilihat di video itu di mana watak pemain melemparkan sesuatu unuk menenangkan Kleavor.

Pokémon Legends: Arceus akan dilancarkan secara eklusif di Nintendo Switch pada 28 Januari 2022, dan Pokémon Brilliant Diamond & Shining Pearl juga dilancarkan secara ekslusif di Nintendo Switch pada 19 November ini.

RELATED NEWS

+