Kolaborasi PUBG MOBILE x Mechamato – Ready. Set. Mechanize!

PUBG MOBILE secara rasmi telah melancarkan kolaborasi rasmi bersama Mechamato mulai 15 Disember sehingga 5 Januari 2024.

Mechamato tidak asing lagi sebagai siri animasi tempatan yang terkenal, malah pernah memenangi ‘Anime Fan Award’ di Tokyo Anime Award Festivel 2023.

PUBG MOBILE juga akan mengeluarkan item khas dengan tier Legendary seperti Mechamato Suit dan Mask Set, Mecha-Machete dan Mechabike (Motosikal 2 Tempat Duduk).

Acara ini digelar “Ready. Set. Mechanize!”, yang memberi fokus kepada para pengguna untuk mengumpul kesemua item yang ada.

Pek suara juga akan dikeluarkan melalui suara Mechabot (disuarakan oleh Adzlan Nazir) dan Bago Go (disuarakan oleh Nizam Abdul Razak).

Peminat PUBG MOBILE dan Mechamato juga boleh menebus pek suara secara percuma dengan menyertai acara “Adventures of MechaBot & Bago Go”.

 

RELATED NEWS

+