Konami Teruskan Kerjasama Bersama Arsenal, Sertakan Pemain Lagenda Yang Dah Bersara Dalam PES 2019

KONAMI umumkan yang mereka akan melanjutkan kolaborasi bersama Arsenal dan berikutan itu, PES 2019 akan menerima beberapa pemain bola lagenda seperti Robert Pires, Sol Campbell, Gilberto Silva, Freddie Ljungberg dan Emmanuel Petit.

Ini bermakna pemain PES 2019 boleh menantikan pemain lagenda yang akan kembali beraksi di padang bola digital. Bukan itu saja, Stadium Emirates yang ikonik juga akan dicipta semula dengan perincian lebih baik.

“Kami komited untuk terus bekerjasama dengan KONAMI sebagai rakan kongsi global untuk Arsenal bagi PES 2019.

“Kami berasa teruja untuk memberikan pemain peluang bagi menggunakan pemain lagenda ini dan juga Stadium Emirates yang dilakar dengan teliti, sekali lagi dalam PES 2019 pada tahun ini,” kata Arsenal FC Chief Commercial Officer Vinai Venkatesham.

PES 2019 dilancarkan di seluruh dunia di PS4, Xbox One dan PC pada 30 Ogos 2018. Versi telefon pintar akan hadir ke Android dan iOS pada Disember tahun ini.

Sumber: gamerevolution

RELATED NEWS

+