Legenda CSGO, FalleN, menegur zombs dari Sentinels atas komen kontroversi di Twitter

Pasukan VALORANT Sentinels adalah salah satu pasukan yang terbaik di dunia. Namun, pada pusingan pertama VALORANT Champions di mana Sentinels menentang FURIA, sebuah pasukan dari Brazil, mereka hampir tewas dengan skor 13-9, 10-13 dan 13-9 pada peta pertama, kedua dan ketiga.

Jelas sekali, FURIA bukan pasukan biasa-biasa. Tetapi sebuah kontroversi di sekitar Technical Pause menyebabkan FURIA kehilangan momentum lalu tewas pada peta ketiga.

Ketua pasukan Sentinels, Shahzeb Khan atau lebih dikenali sebagai ShahZaM, bergurau di Twitter mengenai kekalahan FURIA menentang KRU Esports yang berjaya menyingkirkan FURIA di pusingan kalah mati bracket bawah.

Kicauan ini merujuk kepada bagaimana FURIA sepatutnya mengambil Technical Pause seperti perlawanan Sentinels menentang FURIA pada perlawanan pertama mereka.

Kicauan ini menyebabkan ramai peminat pasukan Brazil itu berang lalu menyerang ketua pasukan itu di Twitter. Serangan ini disambut oleh rakan sepasukannya, Jared Gitlin atau lebih dikenali sebagai zombs. Beliau menunjukkan perangai yang tidak professional di pelantar media sosial itu dengan berkata “saya tidak sabar untuk menewaskan rantau sampah anda” kepada peminat Brazil.

Hal ini bukan sahaja mengambil perhatian peminat VALORANT, malah pemain Counter Strike Global Offensive (CSGO) legenda iaitu FalleN juga memberi sepatah dua kata untuk menegur zombs atas komen yang penuh kontroversi itu.

Beliau berkata, “saya pernah melakukan kesilapan di media sosial pada zaman saya dan saya belajar dari kesilapan. Saya harap anda akan sedar bahawa anda membina kerjaya anda dan tidak berbaloi untuk melakukan perangai sedemikian. Kita ada peluang untuk mempengaruh secara positif.”

Malah, ketua jurulatih pasukan FURIA kecewa dengan perangai zombs seperti dilihat di sebuah kicauan di Twitter.

 

CEO FURIA juga memberi sepatah dua kata mengenai komen zombs.

 

Buat masa ini, Riot Games tidak memberi respons kepada kontroversi ini. Tidak mungkin pembangun akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai drama tersebut dan memandangkan perselisihan seperti itu dijangkakan dalam e-sukan. Tweet dan olok-olok internet bukanlah sesuatu yang baharu dan sering diambil secara bergurau, tetapi sesetengah peminat Brazil terkenal dengan semangat pantang menyerah yang kadangkala boleh melampaui batas.

Walau apa pun, khabar angin dan drama sekitar VALORANT Champions Tour membahagikan peminat kepada dua, menjadikan kejuaraan ini penuh kontroversi.

RELATED NEWS

+