dilaporkan rugi sebanyak AS$3.5 juta (RM14 juta) dalam sebuah penipuan yang melibatkan kad Pokemon edisi pertama yang disahkan. Sebagai konteks, kad edisi pertama ini tidak lagi dilancarkan dan kali terakhir ia berada di pasaran adalah lebih satu dekad yang lalu."> dilaporkan rugi sebanyak AS$3.5 juta (RM14 juta) dalam sebuah penipuan yang melibatkan kad Pokemon edisi pertama yang disahkan. Sebagai konteks, kad edisi pertama ini tidak lagi dilancarkan dan kali terakhir ia berada di pasaran adalah lebih satu dekad yang lalu." /> dilaporkan rugi sebanyak AS$3.5 juta (RM14 juta) dalam sebuah penipuan yang melibatkan kad Pokemon edisi pertama yang disahkan. Sebagai konteks, kad edisi pertama ini tidak lagi dilancarkan dan kali terakhir ia berada di pasaran adalah lebih satu dekad yang lalu." />

Logan Paul nafi penipuan RM14 juta adalah lakonan semata-mata

Logan Paul baru-baru ini dilaporkan rugi sebanyak AS$3.5 juta (RM14 juta) dalam sebuah penipuan yang melibatkan kad Pokemon edisi pertama yang disahkan. Sebagai konteks, kad edisi pertama ini tidak lagi dilancarkan dan kali terakhir ia berada di pasaran adalah lebih satu dekad yang lalu.

Selepas didapati beliau ditipu dengan sekotak kad GI Joe, beliau mencari balik penjual yang menjual koleksi kad GI Joe itu untuk menuntut kerugian. Mujurnya, duit beliau dipulangkan sepenuhnya kerana penjual itu yang dikenali sebagai Bolillo Lajan San, pun tidak mengetahui bahawa ia bukan kad Pokemon.

Beliau juga memuat naik video yang menerangkan kejadian penipuan itu yang boleh ditonton di bawah.

Malangnya, Logan Paul dituduh pula melakukan segalanya demi ‘membuat konten’. 

Menurut Paul, kejadian itu amat mengecewakan dan beliau bersedih pada hari itu.

“Mereka fikir saya berlakon. Mereka fikirkan apa yang terjadi adalah palsu,” katanya.

“Ia tidak palsu sama sekali. Berada di dalam bilik itu malam itu amat menyedihkan. Tenaga dan perasaan tragis di dalam bilik itu begitu ketara,” tambah beliau tentang perasaannya.

Logan Paul bersama si penjual kad.

Semenjak itu, Paul serta penjual itu berjanji ingin mencari penipu-penipu ini yang dikatakan menjalankan sindiket ini.

“Kami cuba mendapatkan semua maklumat yang kami boleh. Orang ramai mencadangkan untuk membuat dokumentari daripadanya,” kata Lajan San.

Sumber rujukan: Dexerto

RELATED NEWS

+