Lotus’s Malaysia bakal menganjurkan kejohanan eLEGASI dikuasakan oleh ROG Esports

Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) memperkenalkan eLEGASI Lotus’s yang dikuasakan oleh Republic of Gamers (ROG).

Ini adalah kerjasama pertama Lotus’s dengan gergasi permainan video ROG bagi menyokong industri e-sukan dan komuniti permainan penganjuran siri kejohanan di mana-mana cawangan Lotus’s yang mengambil bahagian.

Siri eLEGASI Lotus’s ini akan bermula di Lotus’s Selayang pada 25 – 26 Februari ini.

Pemain permainan video yang berminat boleh mendaftar secara percuma di laman rasmi pendaftaran untuk bertarung melalui PUBG Mobile untuk berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan baucar tunai Lotus’s yang bernilai lebih dari RM12,000.

“Dengan rakan kongsi seperti ROG, kami teruja melihat lebih ramai peminat permainan video mendaftar dan bersaing dalam kejohanan eLEGASI Lotus’s yang sudah ditetapkan di cawangan kami yang mengambil bahagian. Lotus’s lebih daripada sekadar destinasi untuk keperluan membeli-belah anda.

“Kami bercita-cita untuk menjadi pusat tarikan komuniti yang selamat untuk semua peringkat umur untuk berkumpul dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang ditetapkan dan kami mengalu-alukan semua untuk menyertai keseronokan yang disediakan,” kata Antony Spillett, Ketua Pusat Beli-belah, Lotus’s Malaysia.

Pihak ROG juga akan berada di tapak permainan untuk memperkenalkan lebih banyak peranti permainan premiumnya untuk memberikan pengguna pengalaman dan peluang untuk meneroka.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak Lotus’s untuk menarik lebih ramai lagi pemain dari semua lapisan masyarakat ke dalam Republic of Gamers. Kerjasama ini menggariskan komitmen kami untuk mengembangkan senario e-sukan Malaysia di setiap peringkat, daripada liga profesional sehingga acara peringkat komuniti.

“eLEGASI Lotus’s yang dikuasakan oleh ROG ini adalah inisiatif untuk mendekati komuniti permainan video tempatan yang berkembang maju di seluruh Malaysia sejajar dengan matlamat kami, dan kami benar-benar teruja untuk memainkan peranan kami dalam menyokong kejohanan ini,” kata Marcia Sung, Pengurus Produk Malaysia & Indonesia untuk Unit Perniagaan Telefon Pintar daripada ROG.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut eLEGASI di laman rasmi Facebook untuk butiran terkini.

RELATED NEWS

+