Marvel’s Avengers Akan Mempunyai Misi Sampingan Co-Op Tapi Karakter Sama Tak Dibenarkan

Nampaknya Marvel’s Avengers akan mengutamakan elemen co-op dalam misi sampingan dan penggunaan hero juga akan menentukan bagaimana misi itu dimainkan secara dalam talian.

Menurut Crystal Dynamics, keserasian hero penting dalam menyelesaikan misi ini kerana satu karakter akan berguna mengikut situasi dan Avengers ini akan melawat banyak kawasan yang perlukan banyak taktik dan strategi.

Bagaimanapun, mereka juga mengatakan misi sampingan ini tak boleh menggunakan karakter yang sama bagi keempat-empat pemain. Janganlah expect untuk saksikan empat Hulk selesaikan satu misi sampingan.

Ini kerana Crystal Dynamics ingin pemain mencari kombo dan taktik paling berkesan menggunakan pelbagai hero.

Kata mereka lagi, walaupun misi sampingan ini bukanlah penting macam mod lain tapi ia membawa pemain ke kawasan yang tiada dalam kempen utama.

Nampaknya mereka nak pemain berpuas hati dengan single-player dan turut menawarkan mod co-op bagi mereka yang suka grind dengan member-member. Game ini sesuai untuk dua golongan dan pasti menarik menyaksikan macam mana ia akan diterima kelak.

Marvel’s Avengers akan dilancarkan di PS4, Xbox One, PC dan Google Stadia pada 15 Mei 2019.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+