Mod Battle Royale Bagi Call Of Duty: Black Ops 4 Dilancarkan 10 September – Dalam Beta Masa Terhad

Blackout, mod Battle Royale untuk Call of Duty: Black Ops 4 boleh dimainkan bermula 10 September ini dalam beta masa terhad.

Activision dan Treyarch mengesahkan yang pemilik konsol PlayStation 4 akan jadi yang pertama untuk mencuba beta Blackout. Pemilik Xbox One dan Windows PC pula belum diberi lampu hijau lagi.

Dalam satu tweet, Blackout dikatakan membolehkan pemain bermain solo, duo ataupun empat orang dalam satu skuad. Masih belum pasti berapa jumlah pemain akan ditempatkan dalam mod ini (100 dan 50 adalah angka yang biasa digunakan dalam permainan genre Battle Royale seperti Fortnite dan PUBG).

Ia akan menampilkan senjata, karakter dan kenderaan dari francais Black Ops termasuk satu peta besar untuk pertarungan pemain! Korang akan saksikan lokasi yang biasa dilihat seperti Nuketown.

Call of Duty: Black Ops 4 akan dilancarkan di PlayStation 4, PC dan Xbox One pada 12 Oktober.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+