Adaptasi filem untuk Uncharted bukanlah mudah. Ia menyaksikan beberapa perubahan dari aspek penulis dan wataknya bersama Mark Wahlberg yang ingin membintangi (tapi kemudian menolak kerana Tom Holland). Tapi setakat ini, ia mempunyai masa depan yang cerah. Lebih-lebih lagi apabila Vice President Naughty Dog, Neil Druckmann bersetuju!
Sebelum ini, Druckmann tak pasti jika beliau berminat dengan direction untuk filem Uncharted kerana screenwriter pada masa itu, Joe Carnahan tak berapa ngam dengan Naughty Dog.
A recent quote from the writer of the Uncharted film. We know nothing about the film. Wish he’d stop implying that he has our support. pic.twitter.com/He1AHK53TI
— Neil Druckmann (@Neil_Druckmann) February 25, 2017
Tapi sejak itu, semuanya berubah. Bukan saja skrip tapi juga pengarah 10 Cloverfield Lane dilaporkan akan mengambil bahagian dalam perfileman ini dan Druckmann bersetuju dengan pilihan itu.
Druckmann kemudiannya mengeluarkan twit untuk memberi sokongan kepada Trachtenberg
I’m a big fan of Dan. Excited to see what he does with Nathan Drake. https://t.co/oqGgxgjLtQ
— Neil Druckmann (@Neil_Druckmann) January 15, 2019
Mungkin juga filem ini dah bersedia untuk memasuki fasa production. Mereka hanya perlu menunggu Tom Holland yang membintangi Drake ketika muda untuk siap mempromosikan Spider-Man: Far From Home.
Sumber: Comicbook